TERKINI - Dua Dari Tujuh Orang Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Ditemui Selamat #SiakapKeli

loading...





Dua orang daripada 7 kanak-kanak orang asli yang hilang sejak Ogos lalu di Gua Musang telah berjaya dijumpai dalam keadaan selamat di dalam hutan berhampiran Sungai Perias, hari ini.

Memetik laporan The Star, mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.

Semasa dijumpai mereka berada dalam keadaan lemah kerana kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang selepas 47 hari hilang dengan hanya meminum air sungai dan memakan tumbuhan.




Berikutkan penemuan mereka ini, operasi SAR masih diteruskan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Pada 3.50 petang semalam, tengkorak dan beberapa tulang rusuk ditemui di tebing Sungai Perias, kira-kira 800 meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8.

Mayat Sasa ditemui pada 7 petang kelmarin oleh penduduk kampung yang memaklumkan kepada petugas keselamatan.

Kredit gambar: Malaysian insider

Tujuh kanak-kanak, berusia antara 7 dan 11 tahun, dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut akan tindakan disiplin oleh guru mereka kerana mandi di sungai. -Siakapkeli.my



TERKINI - Dua Dari Tujuh Orang Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Ditemui Selamat #SiakapKeli TERKINI - Dua Dari Tujuh Orang Kanak-Kanak Orang Asli Yang Hilang Ditemui Selamat #SiakapKeli Reviewed by Unknown on 01:37 Rating: 5
Powered by Blogger.