loading...
Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.
TERKINI:Penampakan kuasa Allah SWT di Segitiga Bermuda (5 FOTO)
Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.
Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang mahamengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.
Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. [muat turundisini] Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.
Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal – antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;
“Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; “Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!” kata Rasulullah SAW. “Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang.” Namun demikian tetap juga beliau bertanya, “Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?” dia jawap, “Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat ‘Arsy di atas air.” Rasulullah SAW bertanya, “Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?” Dia malah balik bertanya, “Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?” Rasulullah SAW menyatakan, “Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya.” Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, “Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang.” Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, “Ada apa dengan perempuan ini?” Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang.” {3}
Dari Abi Sa’id; berkata Abi Sa’id, “Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah” ia bertanya kembali, “Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?” Baginda bersabda, “Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?” Ia menjawap, “Aku melihat singgahsana di atas air.” Baginda bersabda, “Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?” Ia menjawap, “Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta.” Bersabda Rasulullah SAW, “Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia.” {4}
Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang ‘hanya perlu’ untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang ‘tidak pelu’ untuk kita lihat. Wallahu A’lam Bishawab.
Sumber: hye
Keadaan Segitiga Bermuda setelah lautan kering lihat apa yang ada di dalamnya amat megejutkan
Reviewed by Unknown
on
18:14
Rating: